KUCHING: Dua lelaki disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah ditahan di sekitar bandar raya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, bertindak atas maklumat, pasukan serbuan menahan kedua-dua suspek kira-kira 4.10 petang.

“Hasil pemeriksaan telah merampas dadah disyaki syabu seberat 38.33 gram dianggarkan bernilai RM3,738.95.

“Kedua-dua suspek juga didapati positif amphetamine/ methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 39A(1) akta yang sama.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan maklumat orang awam berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah.

Kedua-dua suspek ditahan bersama dadah seberat 38.33 gram.

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak