Tabawan Mandi (tengah), Simon (kanan) dan Alhadi (kiri) pada sidang media selepas sesi pendengaran kes tuntutan pembeli rumah di Mahkamah Kuching, hari ini.

KUCHING: Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak (TTPRS) mengarahkan dua syarikat pemaju perumahan di sini membayar ganti rugi berjumlah RM49,735.18 kepada empat pembeli.

Presiden TTPRS Trabawan Mandi berkata, ia atas kelewatan menyerahkan rumah daripada tarikh perjanjian dan kecacatan pada mutu kerja.

“Kedua-dua syarikat pemaju berkenaan hendaklah membuat pembayaran penuh dalam tempoh 45 hari selepas mendapat surat penghakiman daripada tribunal,” katanya pada sidang media selepas sesi pendengaran kes di Mahkamah Kuching, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya syarikat pemaju Jung Kuo Sdn. Bhd perlu membayar sejumlah RM25,835.06, manakala Multi Heng Development Sdn. Bhd. mesti membayar sebanyak RM24,900.12 kepada masing-masing dua pembeli.

Terdahulu, beliau berkata dua daripada rumah tersebut sepatutnya diserahkan kepada pembeli pada 1 September 2020.

Sehubungan itu beliau berterima kasih kepada syarikat pemaju berkenaan atas kerjasama dan berharap pembeli akan segera menerima bayaran tuntutan seperti yang dipersetujui.

Ahli Panel TTPRS hadir sama, Alhadi Ibrahim dan Simon Woon Ta Meng.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak