IMPORT BARU….Iswandi Ali Hassan (dua dari kiri) menerima dokumen kontrak daripada Gabryel Monteiro De Andrade (dua dari kanan).

KUCHING: Tonik tambahan bagi jentera serangan Kuching City FC (KC FC) dalam mengharungi pusingan kedua kempen Liga Premier 2022.

Dengan kemasukan pemain import baharu kelahiran Brazil, Gabryel Monteiro De Andrade, 23.

Bekas penyerang kelab Metropolitano (Brazil) itu tiba di Kuching malam kelmarin dan terus menyertai kem latihan bersama pemain.

“Dia sah menyertai kita. Kehadirannya tepat pada masanya sekali gus mengambil alih tempat penyerang sebelum ini (Keanu Marsh Brown),” ujar Ketua Jurulatih KC FC, Irfan Bakti Abu Salim pada sidang media ringkas selepas majlis menandatangani kontrak di Pejabat KC FC, Petra Jaya pagi tadi.

Menurut Irfan, beliau amat berharap dapat mengguna pakai kudrat Gabryel untuk perlawanan menentang PDRM FC di Stadium Negeri, Petra Jaya Sabtu ini.

“Saya harap tempoh beberapa hari yang ada akan dapat diguna untuk membina kembali tahap kecergasan Gabryel untuk persiapan perlawanan hujung minggu ini,” tambah Irfan lagi.

Suara Sarawak