KUCHING: Gangguan bekalan air dijangka akan berlaku di beberapa kawasan di Kuching pada esok (12 Jun) dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

Menurut Lembaga Air Kuching (LAK), ia meliputi kawasan dari simpang ke Landeh; sepanjang Jalan Landeh; Paya Mebi/Batong; Jalan Puncak Borneo; Pulapol dan Penjara.

“Turut terjejas Pusat Penyelidikan Pertanian Semenggok; Hospital Rajah Brooke; Sekolah Jururawat ke Semenggok; perumahan penjawat Awam; Kampung Sinar Baru; Kampung Mambong; Kampung Seratau, Kampung Sikog; Kamping Git; Kampung Punau dan sekitarnya.

“Gangguan bekalan air ini berlaku bagi memberi laluan kepada pihak Sesco untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di pum penggalak nombor dua,” katany dalam notis, hari ini.

Tambah LAK, dalam masa pemulihan tersebut pengguna akan mengalami tekanan air rendah dan kotor.

Sehubungan itu, para pengguna dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya sepanjang tempoh gangguan tersebut dan segala kesulitan amat dikesali.

Untuk sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi Talian LAK 082-222333 atau SMS ke 019-8866650.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak