KUCHING: Penduduk dari beberapa kawasan yang terletak di sepanjang Jalan Dato Mohd Musa bakal mengalami gangguan bekalan air berjadual, hari ini.

Lembaga Air Kuching (LAK) dalam notisnya hari ini menyatakan, gangguan air berkenaan telah berlaku pada jam 10 pagi tadi dan dianggarkan selesai hingga 5 petang hari ini.

Menurut LAK, gangguan itu berlaku berpunca daripada kerja-kerja pembaikan Paip AC 8” yang pecah di Taman Mustapha di Jalan Datuk Mohd Musa, dekat sini.

Antara kawasan yang terjejas adalah dari Sepanjang Jalan Dato Mohd Musa dari Bulatan 8 batu ke Farley, Taman Samarindah dan kawasan sekitarnya.

“Semasa tempoh pemulihan kerja baik pulih, para pengguna akan mengalami masalah tekanan air rendah dan tiada bekalan air.

“Justeru, LAK mengambil inisiatif untuk menggerakan penghantaran bekalan air menggunakan lori tangki air ke kawasan yang terjejas,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai atau pengguna boleh menghubungi pusat talian LAK di nombor 082-222333 atau SMS ke 019-8866650.

Suara Sarawak