KUCHING: Sarawak perlu mempertahankan keunikan makanan yang menggunakan bahan asli dari negeri ini sejajar dengan pengiktirafan Kuching sebagai bandar raya gastronomi.

Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng berkata, disebabkan itu juga masyarakat perlu melibatkan diri dan menjadi kreatif dalam penyediaan makanan.

BERCAKAP… Wee Hong Seng bercakap pada sidang media mengenai “Borneo Culinary Adventures-Sarawak” di GSC, CityOne Megamall di sini, hari ini. Foto Ramidi Subari

Menurutnya, negeri ini mempunyai lebih daripada 20 kumpulan etnik dan jika setiap kumpulan mampu menghasilkan 10 jenis makanan di rumah maka terdapat lebih 200 jenis makanan akan dihasilkan.

“Saya percaya setiap makanan yang dihasilkan mempunyai keunikan tersendiri, selain daripada persembahan dan rasa ia juga sering dikaitkan dengan budaya.

“Sarawak mempunyai pelbagai bahan atau ramuan tersendiri (dari Sarawak) yang boleh digunakan untuk menghasilkan makanan unik seperti gula apong yang digunakan untuk ais krim – di sinilah kreativiti diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media mengenai “Borneo Culinary Adventures-Sarawak” di GSC, CityOne Megamall dekat sini, hari ini.

Tambahnya, ia juga sebagai usaha untuk mengekalkan pengiktirafan Kuching sebagai bandar raya gastronomi bagi tempoh lima tahun akan datang.

 


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak