KUCHING: Bintang baharu Kuching City FC (KC FC), Mohammad Hafiz Abu Bakar, 32, berazam untuk memberikan aksi terbaik sepanjang penampilannya di pentas Liga Premier 2022.

Sekali gus, sebagai membalas kepercayaan pihak pengurusan yang telah memberi ruang kepadanya menyarung jersi The City Boys.

Lantas, fokus utama yang perlu diberi tumpuan ketika ini ialah berusaha merebut tempat dalam barisan utama.

“Saya akan cuba memberikan persembahan terbaik. Jika diberi peluang beraksi kelak, ia akan dimanfaat sepenuhnya,” ujar Hafis kepada Arena Suara Sarawak.

Hafis yang lebih dikenali sebagai Bulu dalam kalangan rakan-rakannya percaya tiada jalan mudah untuk menempatkan dirinya dalam kelompok pemain pilihan.

Untuk rekod, Hafiz pernah menyarung jersi skuad Sarawak (2017-2019), menyarung jersi Kuching di pentas Liga Rakyat (2015-2016).

Selain, mewakili skuad Piala Belia (2008) dan Piala Presiden (2009-2011).

BERPENGALAMAN…Mohammad Hafiz. – FOTO GHAZALI BUJANG

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak