Pantau… Roland Sagah (tengah) memantau keadaan SK Lebur Remun, SK Daha dan SK Aping, semalam

KUCHING: Rancangan Sarawak untuk menubuhkan sekolah berpusat masih belum dapat dilaksanakan ekoran ramai ibu bapa tidak bersetuju dengan idea itu.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, jika ibu bapa tidak bersetuju maka sekolah rendah (SKM) tidak boleh ditutup.

“Sekiranya tidak boleh tutup SKM, maka kita tidak boleh membina sekolah berpusat… jika tidak, mereka akan menjadi SKM juga.

“Ia tidak akan dapat dilaksanakan sehingga kita mendapat persetujuan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah berpusat,” katanya semasa lawatan kerja ke Bahagian Serian dan Sri Aman, semalam.

Terdahulu, Sagah menyatakan sebanyak 263 sekolah yang telah dikenal pasti sebagai SKM oleh Jabatan Pendidikan Negeri boleh digabungkan menjadi 49 sekolah berpusat.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak