Gambar hiasan -https://pixabay.com/

KUCHING: Kerajaan Sarawak dan Microsoft menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang bertujuan untuk mempercepatkan transformasi digital dalam kerajaan dan sektor ekonomi utama termasuk pertanian dan pembuatan serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri ini.

Kerjasama ini susulan Perjanjian Rangka Kerja Awan (CFA) yang ditandatangani antara Microsoft dengan Unit Pemodenan Pentadbiran dan Pengurusan Perancangan Malaysia (Mampu).

Microsoft dan Kerajaan Sarawak bekerjasama ke arah jaringan awan dipercayai dan memperkasakan sektor awam dengan kemahiran digital untuk penjawat awam melalui inisiatif perusahaan dengan sijil dan kursus oleh Microsoft Learn, LinkedIn Learn and GitHub.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, matlamat utama untuk membangunkan Sarawak kepada negeri yang berkembang dari segi ekonomi yang dipacu oleh data dan inovasi.

“Untuk kita mencapai visi 2030 Sarawak serta objektif nasional di bawah Pelan Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital), kita perlu mengambil lebih banyak pendekatan holistik yang melangkaui pembinaan infrastruktur negeri.

“Dengan kerjasama Microsoft, kita berhasrat melengkapkan Sarawak dengan kemahiran digital untuk masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara, Pengarah Urusan Microsoft Malaysia K Raman berkata, Sarawak merupakan penyumbang utama ekonomi Malaysia dengan membentuk 9.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar.

“Kerjasama dengan Sarawak d untuk memperkasakan ekonomi digital negara dan transformasi digital canggih merentasi sektor awam dan swasta.

“Daripada infrastruktur digital sehingga pembinaan kemahiran dan kebolehan, kita mahu memperkasakan setiap rakyat Sarawak dengan peluang yang adil untuk memanfaatkan daripada gelombang transformasi digital sementara memastikan pembangunan lestari untuk negeri dengan memanfaatkan teknologi,” katanya.

Sebagai sebahagian kerjasama ini, Kerajaan Sarawak akan meneroka penyelesaian berasaskan awan untuk sektor pertanian yang memanfaatkan Kecerdasan Buatan (AI) dan pembelajaran mesin serta menyokong sektor pembuatan serta pemain PKS di negeri ini Selain itu, Kerajaan Sarawak bekerjasama dengan Microsoft dalam strategi keselamatan siber dan peta jalan untuk menambah baik postur keselamatan sibernya.

Bagi merealisasikan rancangan di bawah kerjasama ini, Microsoft akan bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak termasuk Unit Pemodenan Perkhidmatan Sarawak (SSMU), Lembaga Multimedia Sarawak (SMA), Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs), Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), dan Sistem Maklumat Sarawak (Sains)


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak