IKRAR… ZHA dan SAI menandatangani pemeteraian Ikrar Alam Sekitar disaksikan Dr Hazland dan lain-lain

KUCHING: Sarawak bakal mewujudkan sebuah kilang hidrogen pertama di Samalaju, Bintulu pada tahun ini kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni.

Menurutnya, pembinaan kilang tersebut akan melibatkan kerjasama antara dua syarikat dari luar negara iaitu Samsung (Korea) dan Sumitomo (Jepun).

“Pembinaan kilang ini dijangka akan mengambil tempoh dua hingga tiga tahun untuk siap.

“Apabila siap kelak akan digunakan untuk menghasilkan tenaga hidrogen. Selain kegunaan negeri, ia juga akan dieksport dan keuntungan akan diserahkan kepada Kerajaan Sarawak.

“Bagaimanapun, tidak bermakna kita akan guna 100 peratus hidrogen. Sarawak akan menggunakan 60 peratus hidrogen dan selebihnya seperti solar, elektrik dan gas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di Mydin Tunku Vista Petra Jaya, di sini, hari ini.

Tambahnya, penggunaan hidrogen dijangka menjadi sumber tenaga utama pada masa akan datang kerana ia mampu menghasilkan kuasa elektrik.

Dr Hazland ketika berucap dalam majlis tersebut

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak