IRFAN BAKTI…Ketua jurulatih

KUCHING: Jentera serangan Kuching City FC (KC FC) akan lebih mantap dalam mengharungi aksi pusingan kedua kempen Liga Premier 2022 dan saingan suku akhir Piala FA 2022 berikutan kemasukan seorang lagi penyerang import baru kelahiran Liberia.

Menurut Ketua Jurulatih KC FC Irfan Bakti Abu Salim, pemain import baru itu dijangka tiba di Kuching pada 12 Jun ini dan terus menjalani latihan bersama pasukan baharunya itu.

“Kita mempunyai seorang pemain import baru yang akan menyertai kem kita (KC FC).

“Pemain ini dijangka tiba pada 12 Jun ini dan kita berharap kehadirannya akan menambah sengat di jentera serangan pasukan ini,” ujar Irfan kepada Arena Suara Sarawak.

Enggan mendedah lanjut identiti penyerang baru itu, Irfan pada masa sama mengakui pengambilan penyerang terbabit sebagai menampung keperluan di posisi serangan berikutan Keanu Marsh Brown yang dibelenggu kecederaan di bahagian lutut kaki kanannya.

Suara Sarawak