PERIKSA…Cawangan D9 JSJ dan Cawangan Persenjataan IPD Kuching memeriksa gerai terbabit dan menahan seorang lelaki disyaki pemilik kedai.

KUCHING: Seorang lelaki ditangkap kerana memiliki senjata tiruan yang dijual di sebuah gerai pusat beli-belah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, sepasukan polis dari cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Cawangan Persenjataan IPD Kuching membuat pemeriksaan pada gerai tersebut kira-kira jam 4.20 petang.

“Pihak polis telah menangkap lelaki yang dipercayai pemilik kedai serta merampas lapan laras senjata pelbagai jenis.

“Termasuk sebanyak 101 bungkus amunisi pelbagai jenis yang disyaki menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960.

“Jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali,” tegasnya.

Katanya, pemohonan tahanan reman terhadap suspek dipohon pada pagi ini.

RAMPAS…Pelbagai laras senjata yang dijual disebuah gerai di pusat beli belah di sini, dirampas oleh pihak polis.

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak