Suspek berjaya ditangkap

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dalam lingkungan 36 tahun ditahan disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah di sebuah hotel di Jalan Bank Hock Road, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintenden Merbin Lisa berkata, dadah jenis methamphetamine seberat 6.20 gram dianggarkan bernilai RM620 turut dirampas.

“Hasil pemeriksaan di bahagian poket hadapan seluar yang dipakai suspek berjaya menemukan satu paket plastik lutsinar mengandungi dadah.

“Suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini dan tamat pada 3 Jun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, suspek memiliki dua rekod kesalahan lampau dadah. Hasil saringan awal air kencing turut menunjukkan suspek positif dadah jenis syabu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” ujarnya.

RAMPAS… satu paket plastik lutsinar mengandungi dadah

Suara Sarawak