Abang Johari merakam kenangan bersama-sama para pemenang DEA 2022 di BCCK, malam tadi

KUCHING: Sebanyak lima agensi dan organisasi menerima Anugerah Ekonomi Digital (DEA2022) atas sumbangan berimpak tinggi terhadap pelan tindakan pembangunan ekonomi digital Sarawak untuk tempoh lima tahun, 2018 hingga 2022.

Bagi Anugerah Ekonomi Digital Premier Sarawak, Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) memenangi anugerah emas sekali gus membawa pulang RM20,000; Pustaka Negeri Sarawak pula mendapat perak serta menerima RM15,000, manakala Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) mendapat habuan RM10,000 sekalu pemenang gangsa.

Sementara itu, Neuon AI Sdn Bhd memenangi Anugerah Keusahawanan dan Permulaan, manakala Jabatan Hutan Sarawak (JHS) pemenang Anugerah Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan.

Dalam pada itu, SDEC turut memenangi Anugerah Transformasi Teknologi Digital, Puskata Negeri Sarawak (Anugerah Keterangkuman Digital) dan JBALB (Anugerah Kerajaan Digital).

Pengiktirafan melalui lima kategori anugerah bagi menghargai sumbangan para pemain dan inovator terbabit disampaikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Penyampaian DEA2022 sempena Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) Ke-5 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi.

Suara Sarawak