HKUCHING: Seorang wanita tempatan didenda RM10,000 dan seorang remaja lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana terlibat dalam kegiatan perjudian dalam talian.

Tertuduh Li, 24, dan remaja berusia 19 tahun warga Indonesia itu masing-masing mengaku bersalah selepas satu pertuduhan dibacakan secara berasingan di Hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Zaiton memerintahkan tertuduh pertama Li  dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.

Manakala, tertuduh kedua diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 3 Jun lepas, dan dirujuk ke Jabatan Imigresen Malaysia selepas menjalani hukuman penjara.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 kerana mengendalikan mesin judi iaitu menggunakan set komputer.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu dalam sebuah rumah di Jalan Stutong, sekitar jam 12.40 tengah hari, 3 Jun lepas.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang. Manakala, Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak