Gambar hiasan

KUCHING: Seorang juruteknik dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau penjara satu bulan kerana mendatangkan kecederaan terhadap seorang anggota polis yang bertugas menjaga keselamatan di Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF), minggu lalu.

Tertuduh, 32, mengaku bersalah atas satu pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Koperal Rhodney Rodrigues Usop di Balai Polis Santubong, kira-kira jam 6 petang, 19 Jun lepas.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, mangsa yang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah semasa RWMF telah menahan seorang lelaki kerana menganggu ketenteraman awam dan seterusnay dibawa ke balai untuk proses dokumentasi.

Setiba di pekarangan balai polis, pengadu yang keluar dari kereta peronda, tiba-tiba diserang tertuduh dari arah belakang dengan menggunakan tin bir hingga menyebabkan kecederaan di bahagian mata kiri.

Difahamkan, tertuduh yang berada di bawah pengaruh alkohol dan bertindak agresif.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak