Buaya yang berjaya ditangkap dalam operasi khas BBP Niah.

MIRI : Seorang pemancing terkejut apabila seekor buaya sepanjang 1.8 meter tersangkut pada mata kail yang dipasangnya di Kampung Iran Suai, Batu Niah pagi tadi.

Justeru, Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak melaporkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah telah dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 8.24 pagi.

Sebaik tiba di lokasi katanya, Bomba mendapati reptilia itu masih tersangkut pada mata kail.

“Kita berjaya menangkap dan mengikat haiwan itu sebelum membawanya balik ke BBP Batu Niah.

“Ia kemudian diserahkan kepada Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) Miri untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak