Timbalan Yang Dipertua Parti PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak boleh berdiam diri dan membiarkan golongan belia berumur 18 hingga 28 tahun dipikat oleh pihak lain terutamanya parti pembangkang.

Justeru, Timbalan Yang Dipertua Parti PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata PBB akan mengajak mereka menyertai parti tunjang Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu, menerusi penubuhan Pergerakan Belia PBB.

“Masa depan mereka bersama kita – PBB. Kita mesti menjanakan program-program yang bersesuaian dengan kehendak dan citarasa mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB Ke-15 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Menurut Uggah yang juga Timbalan Premier, setakat 31 Disember 2021, Sarawak merekodkan sejumlah 1,927,750 pemilih berdaftar, dengan pertambahan sebanyak 675,077 pemilih baru.

Katanya daripada jumlah 675,077 pemilih baru, 20 peratus adalah berusia 19 hingga 20 tahun manakala 45 peratus berusia antara 21 hingga 29 tahun dan 19.23 peratus berusia 30 hingga 39 tahun.

“Ini bermakna 66 peratus pemilih berdaftar baru adalah berusia 18-29 tahun manakala belia (18-39 tahun) merupakan 75.23 peratus pemilih berdaftar,” katanya.

Uggah (tengah) bersama pemimpin PBB yang lain melaungkan ‘Hidup PBB’ sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB Ke-15 di BCCK, hari ini.

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak