KUCHING: Pemuda berusia 22 tahun dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara satu bulan kerana menumbuk seorang lelaki gara-gara perselisihan faham berkaitan komen di laman sosial Facebook.

Tertuduh Wan Abdul Rahman Wan Mohamad mengaku bersalah mengikut pertuduhan Seksyen 323 Kanun Keseksaan, dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa sengaja mencederakan seorang lelaki berusia 22 tahun di Kampung Semariang Pinggir di sini, kira-kira jam 11 malam, 31 Mei lepas.

Menurut fakta kes, mangsa bersama-sama kawannya berjumpa dengan tertuduh pada malam kejadian untuk menyelesaikan perselisihan faham berkaitan komen yang di hantar di laman sosial Facebook.

Semasa perbincangan, tertuduh tiba-tiba menumbuk muka dan perut mangsa menggunakan tangan sehingga menyebabkan kesakitan terhadap mangsa.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Nur Syafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak