Pengalaman kolej adalah tempat latihan asas untuk menyediakan pelajar untuk masa depan mereka, menawarkan banyak peluang untuk mereka mengembangkan potensi mereka dalam sifat dan kemahiran demi menyediakan mereka untuk kerjaya dan kehidupan yang bermanfaat selepas tamat pengajian.

Apabila pelajar lepasan SPM tidak sabar-sabar untuk memulakan fasa seterusnya untuk memperoleh kecemerlangan akademik, pertimbangan seperti mod penilaian, tawaran mata pelajaran, pengiktirafan fakulti dan keupayaan mereka untuk memasuki beberapa universiti berprestij di dunia, akan memainkan faktor utama dalam menentukan pemilihan institusi pengajian mereka.

Bagi pelajar Kolej Taylor’s dari program South Australian Certificate of Education (SACE International), Nicholas Chan Tze Hoe, dia mengaitkan gred luar biasanya dalam program itu dengan nilai-nilai Taylor’sphere, didorong oleh ahli akademik bersemangat yang telah membantu dia untuk menguruskan pelajarannya. “Pada awal pembelajaran, saya berfikir bahawa program ini mudah.

Namun, adalah jelas bahawa program ini memerlukan ketekunan dan semangat yang tinggi untuk kami layak menerima A+ untuk mata pelajaran kami. Saya harus memuji pensyarah saya atas dedikasi dan komitmen mereka dalam memastikan saya mendapat pengalaman pendidikan yang terbaik,” kongsi Nicholas.

Dia seterusnya menyatakan bahawa kemahiran seperti kecekapan, kepimpinan dan pengurusan masa yang luar biasa, adalah beberapa ciri yang diperoleh semasa tempoh pengajiannya. “Persekitaran yang disediakan oleh Kolej Taylor’s kepada saya – daripada pensyarah berdedikasi kepada program ekstrakurikuler yang diterajui oleh pelajar-pelajar – telah membolehkan saya untuk bukan sahaja menerima ATAR setinggi 99.4 tetapi saya juga penerima anugerah SACE International High Subject Achievement dan anugerah Merit (A+ dengan merit) dalam Biologi, Fizik dan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Tambahan.

“Pengalaman kolej yang bertenaga memberi saya peluang untuk memupuk nilai positif dalam kehidupan peribadi saya apabila saya dapat berhubung, melibatkan diri dan bekerjasama dengan pelbagai individu sama ada dari program lain mahupun dari industri.

“Cita-cita saya adalah untuk membina kerjaya dalam bidang perubatan di masa hadapan, dengan minat khusus dalam Neurosains. Oleh itu, masa saya di Taylor’s sudah pasti membantu saya membina himpunan kemahiran seperti pemikiran kritis, kepimpinan, komunikasi dan pengurusan diri dan masa yang saya pasti boleh gunakan pada masa hadapan. Saya percaya bahawa kejayaan saya adalah bukti kemahiran dan pengalaman komuniti Taylor’s yang ditanam oleh nilai-nilai Taylor’sphere,” kata Nicholas.

Memandangkan peranan pendidikan tinggi terus beralih untuk sejajar dengan keperluan industri, hanya menyediakan pelajar untuk mencapai gred yang luar biasa tidak mencukupi. Lebih daripada itu, ia adalah penting bagi kolej-kolej untuk menawarkan pelajar-pelajar asas terbaik untuk mereka menjalani kehidupan berdikari dalam laluan kerjaya yang dipilih dengan membina kecerdasan, kebolehan mental dan emosi mereka.

Kolej Taylor’s menawarkan pelbagai jurusan dalam bidang program prauniversiti yang akan memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka minat-minat mereka, berhubung dengan rakan sebaya serta membina rangkaian dengan industri yang disokong oleh komuniti pensyarah Taylor’s, alumni dan rakan industri.

Program SACE International yang ditawarkan oleh Kolej Taylor’s telah mencatatkan keputusan cemerlang dalam pencapaian pelajar pada tahuntahun lepas. Pada tahun lepas, empat pelajar telah dianugerahkan pelajar SACE International Terbaik dengan ATAR 99.0 dan ke atas, meletakkan mereka dalam kalangan 1% Terbaik di dunia, manakala tujuh pelajar menerima High Subject Achievement Award dalam mata pelajaran Biologi, Kimia, Matematik Pakar, Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Tambahan, Kaedah Matematik, Nutrisi, Fizik dan Psikologi.

Selain daripada pencapaian ini, pelajar Kolej Taylor’s telah ditawarkan untuk belajar di beberapa universiti terbaik dunia termasuk Universiti Cambridge dan Universiti Oxford.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://college.taylors.edu.my/en/study/sacei.html


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak