PENGARAH PERLUMBAAN.. Abang Nawawi.

KUCHING: Peminat sukan bot kawalan jauh berpeluang lagi mempamer kehebatan masing-masing apabila Perlumbaan Bot Kawalan Jauh Bahagian Kuching akan berlangsung pada 30 dan 31 Julai nanti di Tasik Masja, Petra Jaya.

Pengarah Perlumbaan RC Powerboat ASIA, Abang Nawawi Bolhassan Abang Dawi berkata perlumbaan itu adalah bagi memperingati Presiden Persatuan Persatuan Bot Kawalan Jauh Kuching (KRCPA), allahyarham Mohammad Daud Jelani.

“Beberapa kategori bakal dipertandingkan dalam sepanjang dua hari perlumbaan, antaranya kategori Kelas A, Kelas D dan beberapa kategori lain,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Menjelas lanjut, beliau berkata semua kategori dipertandingkan berlainan mengikut pelbagai jenis bot seperti ditetapkan pihak penganjur.

Pecahan kategori ialah Catamaran/Tunnel Hull Open CC Gasoline Local Modified Engine (ABC) serta Mono/Deep Vee Hull Open CC Gasoline Local Engine.

Pertandingan menawarkan hadiah menarik berupa wang tunai dan piala untuk pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Justeru, Abang Nawawi berkata orang ramai yang ingin menyertai pertandingan boleh menghubunginya di talian (010-7704577).


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak