Suspek ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Batu Niah kerana mencederakan isteri dalam kejadian di Niah.

MIRI: Seorang lelaki ditahan kerana mencederakan isteri dalam satu kejadian di sebuah rumah panjang di Sekaloh, Niah, di sini.

Kejadian tersebut dilaporkan oleh seorang tuai rumah berhubung kejadian terbabit yang berlaku pada Khamis.

Susulan itu, suspek, 40, ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Batu Niah untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu mengesahkan tangkapan tersebut.

Suspek ditahan reman tiga hari untuk siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak