BERUCAP… Kadim berucap pada Majlis Konvokesyen Komemoratif, Unimas hari kedua seterusnya menyempurnakan penyampaian ijazah di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR Putra), dekat sini, hari ini. (F: RAMIDI)

KOTA SAMARAHAN: Penubuhan Pusat Data Sains Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) merupakan komitmen universiti untuk bergerak seiring dengan agenda pendigitalan yang dilaksanakan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Naib Canselor Unimas Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, inisiatif ini juga membantu merealisasikan transformasi digital Kerajaan Sarawak yang merupakan salah satu pemboleh utama digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030.

“Pusat tersebut juga berupaya membantu Kerajaan Sarawak untuk menganalisa data serta membina pengetahuan yang diperlukan dalam menangani sesuatu isu atau pemasalahan.

“Pengurusan data raya analitik yang sistematik juga berupaya mendukung dalam membuat keputusan-keputusan penting berdasarkan penemuan saintifik dan analisis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen Komemoratif, Unimas hari kedua seterusnya menyempurnakan penyampaian ijazah di Dewan Tunku Abdul Rahman Putra (DeTAR Putra), dekat sini, hari ini.

Mengenai majlis konvokesyen tersebut, ia menyaksikan seramai 864 orang siswazah ijazah sarjana muda menerima pengijazahan dalam sidang kedua.

Persidangan ini melibatkan 64 siswazah dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), 375 orang siswazah dari Fakulti Kejuruteraan (FK) dan 425 orang dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Sumber Manusia (FSKPM).


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak