
KUCHING: Sebanyak 65 harta lucut hak di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 dilelong di semalam.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, lelongan tersebut diadakan di Dewan Pesuruhjaya Polis, IPK Sarawak.
Katanya, harta yang dilelong iaitu 51 barang kemas, lima utas jam tangan, dua telefon bimbit, dua gitar, satu piano, satu televisyen dan tiga topi keledar.
“Seramai 39 orang pembida telah menyertai lelongan ini.
“Harga asal keseluruhan harta adalah berjumlah RM189,600 dan hasil lelongan yang berjaya dikumpulkan sebanyak RM217,550,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan terus mempertingkatkan tindakan bagi membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah serta melumpuhkan sumber bekalan, kewangan dan aset sindiket bagi memastikannya dibanteras habis-habisan.