Rakaman sekitar Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), pagi ini.

KUCHING: Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) diraikan dengan penuh kemeriahan oleh pelbagai kaum di Sarawak.

Majlis yang bermula sekitar jam 10 pagi ini turut diserikan dengan persembahan nyanyian dan tarian pelbagai etnik masyarakat Dayak, disamping disajikan dengan makan tempatan.

Apa yang menarik adalah, acara ini bukan hanya dihadiri oleh kaum Iban atau Bidayuh tetapi juga dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan berbangsa Cina, Melayu, Orang Ulu serta banyak lagi.

Rumah terbuka ini turut diserikan dengan kehadiran Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang tepat jam 11:48 pagi.

Orang ramai di sekitar Kuching juga dijemput hadir ke majlis rumah terbuka hari ini yang berlangsung hingga 3 petang kelak.

 

Suara Sarawak