: Lima suspek ditangkap, terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah

BINTULU: Lima lelaki tempatan ditangkap di kawasan Jalan Sommerville dan Jalan Hoover, di sini, kerana terlibat dalam kegiatan penagihan dadah.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Batholomew Umpit berkata, kelima-lima suspek dalam lingkungan 21 hingga 39 tahun turut ditahan bersama-sama dadah jenis syabu seberat 16 gram.

“Empat daripada lima suspek tersebut disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Manakala, kesemuanya disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 kerana positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, penjara tidak lebih lima tahun dan sebatan tiga kali dikenakan jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952.

Manakala, denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan dua tahun dikenakan jika sabit kesalahan Seksyen 15(1) ADB 1952.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah untuk memaklumkan kepada pihak PDRM, IPD Bintulu di talian 086-318304 bagi tindakan lanjut,” katanya ringkas.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak