SIBU : Seorang anak kapal dijumpai lemas manakala rakannya masih hilang dalam kejadian kapal karam di Batang Igan di sini, hari ini.

Mayat Ting Ling, 23, ditemui terapung kira-kira lima meter dari Pos Kawalan Bomba di Jeti Bungan Kecil, kira -kira jam 4.26 petang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, operasi SAR mengesan seorang lagi rakan mangsa yang masih hilang diteruskan.

“Mangsa yang masih hilang merupakan seorang warganegara Indonesia yang berusia 20 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, tiga lagi anak kapal itu yang masing-masing berusia 49 hingga 50 tahun dilaporkan selamat.

Mayat mangsa dijumpai terapung kira-kira lima kilometer dari Jeti Bungan Kecil.

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak