Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud diiringi Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-259 di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-259 yang dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Negara, hari ini.

Mengiringi beliau ialah Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Mesyuarat itu berlangsung selepas kali terakhir diadakan pada 9 dan 10 Mac lepas yang dipengerusikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Mesyuarat turut dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan, Pahang dan Johor.

Raja-Raja yang berangkat ialah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Sementara itu, Kelantan diwakili Tengku Mahkota, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra, Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah, manakala Johor diwakili Tunku Temenggong, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Mesyuarat turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Melaka dan Sabah.

Pada mesyuarat berkenaan, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing, manakala Yang di-Pertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri kecuali Sarawak diiringi Timbalan Premier.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak