Rakaman ketika Abang Johari melawat reruai paparan teknologi Austral Techsmith pada Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (Idecs) ke-5 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

KUCHING: Tiang pintar 5G pertama bernama ELAB 01 diperkenalkan buat julung kalinya kepada Premier Sarawak

Ia selaras dengan wawasan beliau untuk memulakan era Ekonomi Digital Sarawak sekali gus satu pencapaian penting dan tonggak keusahawanan digital.

ELAB 01 merupakan hasil pembangunan penyelidikan serta pembangunan bahagian telekomunikasi Austral Techsmith Sdn Bhd dalam dunia teknologi Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Azfar Zubri Safri meluangkan masa hampir 10 minit berkongsi cara ELAB 01 yang diinovasikan secara tempatan dan lebih daripada bersedia untuk menyertai pelancaran 5G di negeri ini.

“Premier berkongsi dengan saya bahawa pelancaran 5G Sarawak akan berlangsung tidak lama lagi dan Austral Techsmith akan berasa bangga mendirikan ELAB 01 di megeri ini dengan semuanya satu permulaan untuk saya serta pasukan.

“Walaupun kami tidak besar dan antara pemain baharu industri ini, tetapi semangat serta azam kami untuk mengejar dan bangkit pantas menerusi penyelidikan pembangunan boleh dilaksanakan demi kebaikan kepada masyarakat,” katanya, semalam.

Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa 5G akan menjadi sesuatu yang hebat untuk Sarawak.

Setakat ini 72 tiang pintar ELAB 01 telah didirikan dalam pelancaran 5G Semenanjung Malaysia.

Abang Johari juga telah melawat reruai paparan teknologi Austral Techsmith pada Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (Idecs) ke-5 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak