TERUS BERSEMANGAT…Pemain SU FC II kelihatan lebih bersemangat ketika sesi latihan. – FOTO GHAZALI BUJANG

KUCHING: Pengendali Sarawak United FC II (SU FC II), Safri Amit menegaskan hanya kemenangan dengan perolehan tiga mata dapat membuka kembali peluang untuk pasukannya layak ke suku akhir.

Lantas, menggesa anak-anak buahnya memenangi perlawanan menentang Kuching City FC II (KC FC II) pada kempen Piala Presiden 2022 di Stadium Sarawak, Petra Jaya petang esok.

“Hanya kemenangan dapat membuka kembali peluang kami. Justeru, para pemain harus manfaatkan peluang perlawanan petang esok,” ujar Safri kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Safri, beliau percaya misi mencari tiga mata penuh itu mampu terlaksana sekiranya para pemain dapat menterjemah strategi yang akan diguna pakai sepanjang tempoh perlawanan sebenar.

Ketika ini SU FC II berada pada kedudukan keempat Kumpulan C, menggumpul lapan mata. Mencatat dua kemenangan, dua kali seri selepas mengharungi enam perlawanan.

Suara Sarawak