KUCHING: Sebuah van jenis Nissan dilaporkan musnah 100 peratus dalam kebakaran di Jalan Gold Jade sekitar jam 3 petang, di sini, hari ini.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomb, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pasukan Forensik Kebakaran Zon 1 Sarawak.

“Sejurus menerima panggilan kecemasan, lapan orang anggota diketuai PBK II Jemiran dari Balai Bomba & Penyelamat (BBP) Batu Lintang dikerahkan ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi, kebakaran melibatkan sebuah van yang berada di hadapan rumah dan telah musnah 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi selesai sepenuhnya sekitar jam 3.50 petang.

Suara Sarawak