TAWAN…Lokasi Bung Sadung terletak kira-kira 50 km dari bandar Kuching

KUCHING: Kejohanan cabaran mendaki laluan Bung Sadung (Bung Sadung Climbathon Trail Challenge) kini kembali dan bakal dianjurkan secara terbuka kepada para penggemar pendakian alam semula jadi pada 22 Ogos depan.

Lebih RM15,000 tawaran wang tunai beserta hadiah secara keseluruhan menanti pemenang bagi anjuran kejohanan dengan beberapa kategori dipertandingkan.

Antaranya ialah terbuka 10 kilometer lelaki dan wanita, terbuka 6 kilometer veteran lelaki dan wanita, dan 6 kilometer junior lelaki dan wanita yang berumur 12 hingga 17 tahun.

Para peserta akan diarahkan untuk menanti wisel pemula di titik pemulaan dan penamat cabaran kejohanan iaitu di Kampung Bunga, Serian.

Gunung Sadung yang terletak kira-kira 50km dari bandar Kuching dianggap sebagai sebuah khazanah warisan terhadap 26 kampung warga Bukar di sekitar gunung tersebut.

Gunung ini mempunyai tapak penempatan warisan yang dipercayai sebagai tanah nenek moyang bagi Bukar Bidayuh sejak pemerintahan zaman Brooke.

Kejohanan pendakian ini dianjurkan oleh jawatankuasa pembangunan dan keselamatan Kampung Bunga dengan kerjasama Pejabat Residen Serian, Pejabat Daerah Serian, Majlis Daerah Serian dan Sukan dan Kelab Rekreasi kawasan Tarat (KESUTAR).

Pendaftaran kini dibuka dan boleh dilakukan melalui laman media Facebook Bung Sadung, Serian Sarawak atau pautan pendaftaran https://bit.ly/BungSadungClimbathon.

Yuran bagi kategori 10km adalah RM100, diikuti veteran 6km adalah RM80 manakala kategori junior adalah RM50.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 30 Jun 2022.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 019-837 9695 (En Dizon), 018-980 4098 (En Albert), 013-570 0758 (En Timothy), 011-3384 2419 (Encik Rajak) atau 082-874154 (Majlis Daerah Serian).

Suara Sarawak