KUCHING: Tidak kira siapa anda, besar mana pangkat anda tetap menjadi mangsa si penipu yang kini menjadikan aplikasi Telegram menyamar sebagai individu tertentu untuk meminta duit.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjadi mangsa scammer yang menggunakan nombor beliau di aplikasi Telegram untuk memperdayakan orang ramai.

Wan Junaidi ketika dihubungi mengesahkan menyedari nama dan nombor telefonnya digodam individu yang menyamar sebagai dirinya.

“Bagi sesiapa yang menerima mesej meminta bantuan dan duit, tolong abaikan. Sekat dan lapor kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya pihak terbabit diambil tindakan. Jika ada yang tertipu, lapor kepada polis. Ini satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab,” katanya.

Difaham beberapa kenalan Ahli Parlimen Santubong itu menerima mesej yang sama memohon bantuan dan duit.

Malah difahamkan juga, ada ada kenalan di kawasan Parlimen Santubong yang terpedaya dan sudah memindahkan wang ke akaun scammer terbabit.

Sebahagian besar kenalan Wan Junaidi dipilih secara rawak oleh sindiket itu dengan memberi nombor akaun yang kemudian dipadamkan, mungkin menyedari taktik penipuan mereka dikesan.

Setakat berita ini ditulis, difahamkan pengodam masih mengawal aplikasi tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak