MELAWAT… Abang Johari (dua kanan) mengadakan lawatan ke ruangan pameran dan turut kelihatan adalah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi selepas Majlis Perasmian Seminar Fatwa Peringkat Negeri Sarawak di Hotel Raia dan Pusat Konvensyen Kuching, dekat sini, hari ini. (Foto: ALIF)

KUCHING: Jabatan Mufti Sarawak akan membangunkan sebuah Pusat Astronomi Borneo di kawasan Pantai Damai.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak kini mempunyai beberapa Pusat Astronomi dengan satu daripadanya di Miri yang sudah siap dibina manakala satu lagi bakal siap di Bintulu.

“Kita juga akan membangunkan sebuah lagi pusat (Pusat Astronomi Borneo) di Pantai Damai.

“Perkara ini membolehkan kita mempelajari ilmu falak dan melihat galaksi kerana hari ini ilmu astronomi sangat penting dalam dunia digital tanpa wayar,” katanya.

Beliau bekata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Fatwa Peringkat Negeri Sarawak di Hotel Raia dan Pusat Konvensyen Kuching, dekat sini, hari ini.

Abang Johari berkata disebabkan itu Kerajaan Sarawak bersetuju membantu Jabatan Mufti Sarawak dari segi mewujudkan infrastruktur kerana mereka melihat kepada masa hadapan.

“Ini termasuklah menjalinkan kerjasama dengan universiti untuk menububkan makmal di beberapa lokasi melibatkan Universiti Teknologi Swinburne bagi kawasan Gedong dan Universiti Malaysia Sarawak di Sebangan, Sebuyau,” ujarnya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak