KUCHING: Mahkamah Majistret di sini hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM900 atau penjara dua minggu terhadap seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun kerana mencuri kabel elektrik pelbagai saiz milik rakan sebayanya.

Tertuduh Shamser mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Sukma, Petra Jaya di sini, sekitar jam 2.47 pagi, 25 Julai lalu dengan mencuri kabel milik seorang lelaki berusia 22 tahun.

Menurut fakta kes, semasa kejadian pengadu mendapati kabel elektrik pelbagai saiz yang disimpan di belakang rumahnya telah hilang dan kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut yang seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh.

Siasatan lanjut juga mendapati pengadu dan tertuduh merupakan rakan sekolah dan tertuduh dilaporkan pernah bekerja dengan pengadu sebelum ini.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, ASP Rogayah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak