Suasana hari pertama Festival Makanan Kuching…

KUCHING: Pelbagai jenis makanan dan minuman dijual sempena Festival Makanan Kuching di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di sini, semalam.

Festival yang dua tahun tidak diadakan itu kelihatan sangat meriah kerana didatangi para pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat, malahan dari luar negara.

Lokasi festival telah dibanjiri pengunjung seawal dari jam 6 petang semalam.

Lebih 300 gerai makanan beroperasi sepanjang festival ini yang menampilkan pelbagai keunikan dan kekreatifan penyedia hidangan makanan.

Selain dapat menikmati menu makanan tempatan, pengunjung turut berpeluang merasai makanan berasaskan masakan dari negara lain seperti Korea, Thailand dan sebagainya.

Antara menu istimewa yang dihidangkan pada festival kali ini adalah makanan eksotik daging buaya goreng yang disajikan oleh salah seorang peniaga.

Untuk makluman, festival yang baru berlangsung mulai semalam ini akan berakhir pada 21 Ogos depan.

Kelihatan orang ramai membanjiri pelbagai gerai makanan yang terlibat.

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak