SEDIA GEMPUR…Penyerang import KC FC, Gabryel Monteiro De Andrade akan turun dalam kesebelasan utama.

KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC (KC FC), Irfan Bakti Abu Salim berpuas hati dengan perubahan ketara tahap kecergasan Gabryel Monteiro De Andrade.

Sekali gus, gambaran awal untuk menyenaraikan bintang import kelahiran Brazil itu dalam kesebelasan utama aksi suku akhir kempen Piala FA 2022 menentang Terengganu FC digelanggang lawan pada 23 Julai ini.

“Tahap kecergasan Gabryel erada pada tahap maksimum ketika ini.

“Dia akan diturunkan dalam kesebelasan utama dan bergandingan dengan Abu Kamara dijentera serangan,” ujar Irfan kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Irfan, beliau amat berharap gandingan dua import itu mampu membentuk impak lebih berkesan terutama dalam menghasilkan jaringan.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak