Datuk Dr Sanib Said

KUCHING: Hari Sarawak merupakan hari pemerintahan sendiri yang disambut pada 22 Julai setiap tahun, justeru ia tidak boleh dirujuk sebagai hari kemerdekaan, kata pakar sejarah Datuk Dr Sanib Said.

“Kerana undang-undang British kepada Kerajaan Sarawak sendiri tidak mengadakan peruntukan
bagi kemerdekaan sebelum wilayah ini menyertai persekutuan Malaysia.

“Tarikh 22 Julai bukan hari kemerdekaan, ini dibuktikan oleh sejarawan yang mengkaji sejarah Sarawak.

“Kajian saya dahulu tentang 22 Julai cuma hari pembentukan Kerajaan Sarawak sendiri iaitu pelantikan Ketua Menteri Stephen Kalong Ningkan dan kabinetnya,” katanya ketika ditemu-bual.

Katanya, walaupun Kerajaan Sarawak sendiri dibentuk, namun penjajah British masih berkuasa.

“Jadi waktu itu kita belum merdeka, cuma digelar mengikut definisi sejarah sebagai berkerajaan sendiri. Semua kolonial penjajah macam itu, di mana-mana pun mereka beri kerajaan sendiri dulu, kemudian merdeka,” katanya.

Namun katanya, itu satu pencapaian dari segi kemajuan Sarawak, daripada dijajah kemudian diberi sedikit kuasa
dan anak Sarawak sendiri diberi peluang mentadbir wilayah.

“Kemudian 16 September 1963, kita merdeka dalam Malaysia,” katanya.

Kongsinya, pada asalnya sejak kurun ke-15, Sarawak dijajah kesultanan Brunei dari utara.

“Namun pada tahun 1841 kerana gagal menghadapi tentangan penduduk asli Dayak Iban menyebabkan pembesar Brunei di Sarawak meminta bantuan Charles Brooke, seorang pelayar England.

“Sebagai balasan Sarawak pun diserahkan kepada pemerintahan Rajah Brooke. Hal ini membangkitkan kemarahan Orang asli Dayak Iban,” katanya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak