Ahsmon ketika ditemu bual wartawan selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Kuching di Padang Kawad IPD. Foto Abdul Hakeem Well

KUCHING: Kadar indeks jenayah tahunan di Kuching setakat Januari hingga Julai tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 28.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Bagaimanapun kata Ketua Polis Daerah Kuching Ahsmon Bajah, terdapat juga kes yang menunjukkan peningkatan ketara sepanjang tempoh yang dilaporkan.

“Antaranya kes kecurian kenderaan jenis motosikal yang menunjukkan peningkatan sebanyak 336.36 peratus.

“Seterusnya, kes rogol juga mencatatkan peningkatan kes sebanyak 85.71 peratus. Selain itu, kes samun melibatkan kedai atau premis yang beroperasi 24 jam turut meningkat hingga 35 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual wartawan selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah Kuching di Padang Kawad IPD, di sini, hari ini.

Beliau dalam masa yang sama turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua warga polis dan semua pihak yang terlibat serta masyarakat kerana menjadi mata dan telinga dalam mencegah jenayah daripada berleluasa.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak