BEREHAT PANJANG….Jong Yee Khie.

KUCHING: Menjelang Sukan Komanwel 2022 yang akan berlangsung hujung bulan ini, atlet powerlifting kelahiran Sarawak Jong Yee Khie terpaksa direhatkan selama lima bulan untuk menjalani proses pemulihan kecederaan bahu tangan kiri.

Ketua jurulatih powerlifting negara Jamil Adam memberitahu, pemenang pingat perak Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu mengalami koyakan tisu pada bahu tangan kiri beliau dan dia terpaksa berehat selama lima bulan.

Ekoran musibah tersebut katanya, ia menyebabkan Jong Yee Khie menarik diri dari terus bersaing dalam Sukan Komanwel 2022 yang akan berlangsung hujung bulan ini.

“Keputusan menarik diri dilakukan anak didiknya itu amat tepat kerana kita tidak mahu kecederaannya bertambah parah jika lambat menerima rawatan,” ujar Jamil kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau berkata, Yee Khie kini sudah mula melalui proses pemulihan dan diharap segala proses tersebut berjalan lancar mengikut jadual.

Ini sekali gus katanya, dapat menyaksikan atlet yang begitu mesra dengan panggilan ‘Akie’ dalam kalangan rakan-rakannya beraksi kembali.

ENDS/…


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak