RIZAL ABU SAMAN, KETUA KAUM BUKIT BERANGAN

Saya mendoakan agar rakyat Sarawak terus hidup dalam keadaan aman, damai dan bersatu padu
walau apa juga cabaran yang kita hadapi.

Masyarakat juga perlu sentiasa ingat tanggungjawab untuk menjaga negeri ini kerana kemajuan tidak akan dapat di capai sekiranga kita berpecah-belah.

Justeru, saya juga mengucapkan selamat menyambut Hari Sarawak kepada rakyat negeri ini.

                                                 KAPITAN TAN YIT SHENG, TABUAN LARU DARI TABUAN DUSUN

Sempena sambutan Hari Sarawak saya berharap agar lebih banyak hak istimewa kita akan
dikembalikan.

Saya juga gembira melihat Sarawak kini mampu berdiri sendiri tanpa menunggu peruntukan Kerajaan
Persekutuan khususnya dari segi pelaksanaan projek pembangunan.

Saya berharap agar Sarawak akan terus makmur dan mampu bersaing di peringkat dunia kerana kepimpinan
kita kini berada pada landasan betul.

SARAEE KONEN, PENGHULU KAMPUNG TANJUNG BUNDONG

Kita bersyukur kerana Sarawak kekal aman damai sehingga kini. Kami di peringkat kampung mungkin akan mengadakan doa selamat sebagai tanda kita bersyukur atas keamanan yang dikecapi selama ini.

Saya juga berharap agar Sarawak terus cemerlang dan menjadi negeri aktif sekali gus mencapai lebih banyak kemajuan pada masa akan datang.

 SUUT MAN, PENGHULU KAMPUNG MUARA TUANG

Saya berharap agar selepas ini Sarawak akan dikurniakan lebih banyak kemajuan dan bertambah makmur pada
masa yang akan datang. Saya juga menggalakkan penduduk kampung untuk bersama-sama meraikan Hari Sarawak ini dan mengibarkan bendera Sarawak sebagai tanda kita menghargai apa yang kita nikmati hari ini.

 SAFTUYAH JAAL, PENGHULU KAMPUNG TANJUNG PARANG

Saya hargai penduduk di bawah jagaan saya supaya mengibarkan bendera Sarawak, setiap rumah
sekurang-kurangnya ada menaikkan satu bendera.

Ia penting kerana usaha ini mampu menyemarakkan sambutan Hari Sarawak di peringkat kampung.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak