Penguat kuasa KPDNHEP Sarawak melaksanakan tinjauan keberadaan bekalan ayam, telur dan minyak masak di pasar raya sekitar Kuching, hari ini.

KUCHING: Kekurangan bekalan minyak masak polibeg satu kilogram (kg) di sesebuah premis peruncit atau pasar raya hanya bersifat sementara disebabkan kehabisan stok.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak berkata, ia susulan para peruncit berkenaan sedang menunggu penghantaran baru daripada pemborong mereka.

“Kehabisan stok antara punca bekalan minyak masak tersebut berkurangan di pasaran, terutamanya di premis runcit.

“Namun berdasarkan tinjauan yang dilakukan Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP mengenai keberadaan bekalan ayam, telur ayam dan minyak masak di beberapa pasar raya sekitar Kuching, hari ini, ia hanya bersifat sementara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, terdapat sebanyak dua pengilang dan 13 syarikat pembungkus minyak masak di seluruh Sarawak dengan jumlah pengeluaran bersubsidi 4,517 metrik tan sebulan.

“Sebagai langkah sementara, kementerian telah melaksanakan arahan penetapan had pembelian minyak masak polibag di peringkat peruncit dengan setiap pengguna dihadkan tiga paket untuk setiap pembelian sahaja,” tambahnya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak