SEMANGAT HARI SARAWAK… Lima pendaki mengibarkan bendera Sarawak di puncak Gunung Jagoi (dari kiri) Loo Siaw Choon (44), Mary Sendora (36), Lee Atin (44) Angela Tawuh (34) Sheila Medam (36).

 

KUCHING: Lima pendaki tidak melepaskan peluang mengibarkan bendera Sarawak yang pertama sempena menyambut Hari Sarawak, sebaik menawan puncak Gunung Jagoi, Bau hari ini.

Mereka terdiri daripada Loo Siaw Choon (44), Mary Sendora (36), Lee Atin (44) Angela Tawuh (34) dan Sheila Medam (36).

Menurut Angela, pendakian ke Gunung Jagoi yang terletak di Kampung Duyoh, berdekatan Serikin sememangnya sudah dirancang oleh mereka untuk memanfaatkan cuti Hari Sarawak.

“Kami menyambut Hari Sarawak di puncak Gunung Jagoi sambil menikmati pemandangan hutan yang indah,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Beliau berkata walaupun pendakian sedikit mencabar dengan memakan masa kira-kira 50 minit untuk sampai ke puncak Gunung Jagoi, namun ia sangat berbaloi kerana selain dikelilingi flora dan fauna, ia juga mempunyai air terjun.

“Dengan mendaki ke gunung ini, kami dapat memanfaatkan cuti sambil bersenam dan menikmati pemandangan hutan,” katanya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak