Jabu menyampaikan pedang Iban kepada Uggah pada Majlis Makan Malam Gawai Kelab Saribas di sini, semalam. Tururt kelihatan Chuat dan Rentap

KUCHING: Replika Kubu Rentap, pahlawan legenda Iban yang menelan peruntukan RM16 juta akan dibina di tapak asalnya di Bukit Sadok.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Kerajaan Sarawak bersetuju untuk penubuhan tersebut yang bertujuan meningkatkan sektor pelancongan Betong.

“Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini meluluskan peruntukan untuk projek berkenaan yang juga termasuk kemudahan sokongannya,” katanya.

Uggah yang juga Adun Bukit Saban berkata demikian pada Majlis Makan Malam Gawai Kelab Saribas di sini, semalam.

Malah dalam pertemuan dengan agensi arkitek yang bertanggungjawab dalam reka bentuk seni binaan kubu tersebut, Uggah telah meminta sebuah rumah panjang tradisional turut didirikan berhampirannya.

Tambah Uggah, sebuah tugu Rentap juga akan diletakkan di galeri kubu tersebut yang dibina di kaki bukit.

“Galeri tersebut juga bakal mempamerkan pelbagai senjata yang digunakan pada zaman dahulu.

“Turut diletakkan replika meriam Rentap “Bujang Timpang Berang” yang digunakannya pahlawan itu untuk menentang tentera Brooke,” ujarnya.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak