Lapan Pati warga Indonesia yang ditahan ketika cuba memasuki negeri ini secara haram melalui laluan tikus di kawasan Kampung Stass, Bau kira-kira 100 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia.

KUCHING: Cubaan lapan warga Indonesia menyelinap masuk ke negeri ini gagal apabila ditahan oleh pasukan tentera darat yang menjalankan rondaan Op Benteng, hari ini.

Kesemua lelaki berusia 23 hingga 45 tahun itu ditahan pada jam 11.45 pagi ketika sedang melalui laluan tikus di kawasan Kampung Stass, Bau kira-kira 100 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) berkata pemeriksaan awal mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen rentas sempadan yang sah.

“Tiada barangan terlarang yang ditemui selain pakaian dan barangan peribadi melibatkan wang tunai matawang Indonesia berjumlah IDR 2,706,209 (RM802) serta
tujuh unit telefon bimbit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya kesemua pendatang asing tanpa izin (Pati) itu kemudian diusir pulang ke tempat mereka sendiri pada jam 12.40 tengah hari setelah laporan polis dibuat di Balai Polis Bau.

Anggota tentera darat mengiringi lapan warga Indonesia yang diusir pulang selepas masuk ke negeri ini secara haram.

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak