KUCHING: Mahkamah Tinggi Sabah Sarawak menerima kemasukan empat orang peguam baharu di Mahkamah Tinggi Kuching, di sini hari ini.

Empat peguam baharu itu ialah Nur Azureen Zainudin, Sharron Yee Mei Fey, Ningkan Hamilton, dan Chrissie Ngiron Mijun.

Mereka telah mengangkat sumpah sebagai peguam secara rasmi di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuching Dr Alwi Abdul Wahab.

Alwi berkata, sebagai peguam baharu dan memilih profesion tersebut sebagai kerjaya memerlukan pembelajaran sepanjang hayat.

“Seorang peguam tidak boleh mengatakan bahawa dia telah cukup belajar.

Peguam Baharu: RAKAM KENANGAN..Nur Azureen Zainudin(dua kiri), Ningkan Hamilton (tiga kiri), Sharron Yee Mei Fey (dua kanan), Chrissie Ngiron Mijun(dua tiga kanan/tengah) bersama syarikat Badan Peguam masing-masing.

“Belajarlah perkara baharu untuk mengikuti perkembangan ilmu baharu dan kemahiran yang akan membawa anda kepada kebijaksanaan yang amat diperlukan untuk menegakkan undang-undang dan keadilan,” katanya ketika berucap sempena kemasukan Peguam Mahkamah Tinggi Sabah Sarawak di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan nilai penting dalam diri seorang peguam ialah integriti.

“Kemasukan anda ke badan peguam membawa tanggungjawab yang sangat berat kepada pelanggan anda dan mahkamah terutamanya dalam berkaitan pentadbiran keadilan,” tegasnya.

Sementara itu, Ningkan, 26, dan Nur Azureen dari Messrs Christopher Bada & Company Advocates.

Manakala Sharron Yee dari Messrs David Allan Sagah & Teng Advocates dan Chrissie Ngiron dari Messrs Wendy Jorai Advocates.

Turut hadir wakil Peguam Sarawak Supian Tarmizi Mohamad Tazuddin dan Wakil Persatuan Peguambela Sarawak Desmond Sahathevan.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak