KUCHING: Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) merungkai ‘kehilangan’ penampakan babi hutan liar di Taman Negara Bako (TNB).

Menurut kenyataan SFC menerusi laman sosial Facebook, pada pagi ini, kawanan babi hutan liar tersebut kelihatan berlegar-legar di TNB.

Jelas kenyataan lagi, ekoran faktor cuaca, kawanan babi hutan liar ketika lawatan tinjauan Suara Sarawak pada 16 Julai lalu mungkin berada di dalam kawasan hutan bagi mengelakkan bahang mentari atau hujan lebat.

Ini bagi memastikan kondisi kesihatan babi hutan liar tidak terjejas dan seterusnya dapat terus menceriakan kawasan pesisir pantai TNB.

Spesis babi hutan liar yang sering dilihat berlegar di sini adalah Babi Berjanggut Borneo atau dalam bahasa saintifiknya adalah Sus Barbatus.

Sebarang pertanyaan untuk mendapatkan maklumat mengenai Taman Negara di seluruh Sarawak, orang ramai boleh melawat laman sesawang SFC di www.sarawakforestry.com.

Pautan SCF – https://3c5.com/Be6Nk

Video kredit – SFC


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak