KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) merancang memperluaskan penubuhan Hospital Mesra Ibadah (HMI) di semua 23 hospital di negeri ini.

Timbalan Pengarah JKNS, Dr Azlee Ayub berkata setakat ini, hanya terdapat tujuh hospital yang menjalankan program berkenaan.

BERUCAP…Kipli berucap pada Majlis Penangguhan Daurah Fiqhiyyah Panduan Solat Pesakit Negeri Sarawak di Auditorium CRC, HUS hari ini.

Katanya, ia susulan program tersebut hanya diperluaskan kepada hospital-hospital kerajaan yang mempunyai jawatan kader Penolong Pegawai Agama terlebih dahulu di Sarawak.

Antaranya ialah Hospital Umum Sarawak (HUS), Pusat Jantung Sarawak (IJN), Hospital Sri Aman, Hospital Sarikei, Hospital Sibu, Hospital Bintulu dan Hospital Miri.

“Program ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran melalui pendidikan kepada pesakit dan keluarga agar sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT,” katanya.

Beliau berkata demikian mewakili Pengarah JKNS, Dr Ooi Choo Huck pada Majlis Penangguhan Daurah Fiqhiyyah Panduan Solat Pesakit Negeri Sarawak yang disempurnakan oleh Mufti Sarawak, Datuk Kipli Yassin di Auditorium CRC, Hospital Umum Sarawak (HUS), hari ini.

PENYERAHAN… Kipli (tiga kiri) menyampaikan kit buku panduan solat pesakit kepada wakil daripada pihak HUS sambil disaksikan Dr Azlee (pertama kiri) dan Pengarah HUS, Dr Ngian Hie Ung (kedua kiri).

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak