MUKAH: Rumpun Silat Sarawak (RSS) akan menganjurkan Pertandingan Silat Seni dan Silat Tanding terbuka kepada remaja dan golongan dewasa sempena program Gelombang Pesilat ke Mukah.

Menurut Abang Andy, penyertaan terbuka kepada pesilat perguruan berdaftar di bawah RSS dan Persekutuan Pencak Silat Brunei Darussalam (Persib), Pesaka Sabah dan Pesaka Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.

Beliau berkata, pertandingan cabaran pendekar secara berhalangan, potong batang kelapa, memanah, melastik dan memecah genting atap pula dibuka kepada orang ramai.

“Sukan rakyat ini terbuka kepada orang ramai. Selain itu, cabutan bertuah turut diadakan,” katanya. Menurutnya lagi, acara pencak silat menyediakan hadiah wang tunai RM5,000 kepada juara manakala RM3,000 untuk naib juara dan pemenang tempat ketiga menerima RM2,000.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi pihak penganjur di talian 082-575347 pada waktu pejabat atau 016- 9068712


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak