BERI PENERANGAN…Awla Dris.

KUCHING: Sebanyak 14 acara termasuk sukan tradisional akan dilangsungkan sempena Pesta Ujud 2022 yang akan bermula Sabtu ini.

Acara sukan tersebut ialah merentas desa, sukaneka kanak-kanak, sukaneka wanita, bola sepak veteran dan campuran, bola sepak wanita, sepak takraw, menyumpit, dart, memancing, menangkap anak udang (mento senek), memanjat tiang licin, pukul bantal, meniti batang kayu licin dan melontar kelapa muda.

ADUN Simunjan Awla Dris memberitahu, acara tersebut dijangka meriah dengan mengambil kira pembabitan individu pelbagai peringkat umur.

“Pesta ini akan berlangsung selama seminggu dan akan berakhir pada 24 Julai ini.

“Begitu juga acara sukan berkenaan akan dilangsungkan sepanjang tempoh tersebut,” katanya kepada Suara Sarawak.

Sambil memberitahu acara yang dilangsungkan itu bertempat di Dewan Kampung Kelka, Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Man dan kemuncaknya akan berlangsung di tebingan sungai Kampung Kelka, Simunjan.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak